am staying late in office tonite..too many things, too short of time..
but nak kongsi a story that i got from an email today..here goes
"Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru.
Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia
18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan
Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam
bahasa Jepun.
Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat
segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku
mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk
mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja
sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.
Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3
tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan
dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya
menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.
Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku
untuk pulang ke Malaysia .
Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysiadan telah membuka sebuah
Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan
firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah
Urusan.
Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di
pejabat.Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai
dari Allah SWT.
Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku
kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua
bursa saham Kuala Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi
kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama
ini ahkirnya berbaloi.... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di
firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3
buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.
Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!
!
Kebahagian keluarga.... .
Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah
kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku
tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah...
bertindik
di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.
Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu
sibuk di pejabat. Meeting sanasini. Lunch pun nak meeting.....main golf
pun bincang pa sal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada
masa untuk bersolat!!
Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif
aku...sebelah pet ang kena buat report pada Board of Directors.
Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat
...kekadang terlupa... masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama
client aku dari Jepun.
Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa
aku tertekan!!!
Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat.... aku menangis...aku
memohon doa kepada Allah semoga diberikanketenangan jiwa. Semoga
keluarga ku bersatu kembali.
Selang seminggu aku bernekad...! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku
sebagai CEO.
Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua
kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku
menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan
sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya
aku kembali kepada mereka..!!!
Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew
Teow Goreng..!!!!
Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO
akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!
Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku
memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelah an dengan
Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.
Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari
jam 4 pet ang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari
ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya
lebih kurang RM380.00. sehari.
Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu
gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi
gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga
sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai
tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN.
Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari
berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama
keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.
Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku
memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka
berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma
memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak aku
sebagai Directornya.
Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat
lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan
lagi...Beginilah kehidupan aku
seorang kerani kerajaan... "
hehe...kelakar kan..
but i bet memang ada kisah benar yang jadi kat dunia ini..macam macam ada kan.
but moral of the story, do not judge a book by its cover..sekarang ni even pengemis pun dah jadi profession. and "mereka" ni actually lagi banyak pendapatan dari kita yang makan gaji ni.
takpa la kan , rezeki masing masing..tapi bersyukurlah dgn apa yang kita ada, buang hasad dengki, always bersyukur.
"Life is not a race, life is a journey, so treasure it"
Slowly i'm changing my self..banyak yang i have missed, coz asyik kejar duniawi je..huhu
takpa, better late than nothing kan..